Assaamualaikum, hai mommies :)
Kak Darling nak share FAQ tentang Res-V. Ramai yang suka kalau ada satu suplemen yang boleh cover semua bahagian penting tubuh kan? Res-V lah jawapannya!
Q : Apa itu Res-V?
A : ResV diformulasi secara saintifik untuk menyokong kesihatan menyeluruh dan mengekalkan keremajaan serta kehidupan yang bertenaga. Ia diperbuat daripada campuran proprietari, dengan gabungan polifenol semula jadi dan ekstrak botanikal dari Anggur Muscadine, Knotweed Jepun, Anggur Pomace, Delima, Chebulic Myrobalan, Anggur Hitam, Anggur Merah dan Lobak Ungu.
Q : Apa Perbezaan Vivix dan ResV?
A : Vivix dalam bentuk cecair, ResV dalam bentuk capsule lembut mudah telan. ResV mempunyai bahan asas tambahan sebagai penambahbaikan kepada polifenol berkuasa dari anggur muscadine. ResV kini mengandungi polifenol dari delima, ekstrak anggur merah, chebulic myrobalan dan banyak lagi.
Q : Apa Beza Anggur Muscadine dari Anggur Lain?
A : Anggur Muscadine adalah antara anggur yang paling jarang ditemui, anggur tahan lasak dengan profil polifenol unik yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang tinggi, apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine yang lain, ia menghasilkan antioksidan yang berkuasa. Anggur muscadine juga boleh membiak dalam persekitaran yang bahaya. Profil unik polifenolnya memberi perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan berlebihan dan suhu yang melampau sementara anggur lain mudah rosak dalam persekitaran seperti ini.
Q : Bila Masa Terbaik Untuk Makan Res-V dan Vivix?
A : Ambil Vivix setiap hari, sebaiknya dengan makanan, pada waktu pagi sebagai perlindungan untuk anda menjalani kehidupan seharian dan ambil ResV pada waktu malam sebagai pemulihan ketika tidur bagi menyokong pemulihan badan.
Q : Berapa Lama Tempoh ResV Boleh Disimpan?
A : ResV mempunyai jangka hayat 24 bulan daripada tarikh pengeluaran.
Q : Adakah ResV Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk?
A : ResV tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Kami sarankan anda menyimpannya dalam suhu di bawah 30⁰C dan terlindung daripada cahaya dan kelembapan untuk mengekalkan kesegaran serta aktiviti polifenol optimum dalam produk ini.
Q : Siapa yang Sesuai Makan ResV?
A : ResV direka untuk semua orang yang inginkan kehidupan sihat dan sejahtera serta mereka yang sentiasa sibuk. Anda boleh bawa dan ambil ResV ke mana saja, pada bila-bila masa. ResV tidak disarankan untuk wanita hamil atau menyusukan anak atau individu di bawah umur 18 tahun.
Q : Boleh Makan Dengan Ubat Hospital?
A : Tidak ada interaksi yang diketahui antara ResV atau mana-mana ramuannya dengan makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan agar individu yang berada di bawah jagaan doktor, mempunyai masalah kesihatan serta penyakit atau yang mengambil ubat preskripsi, terutama ubat cair darah supaya berbincang mengenai penggunaan ResV dengan doktor mereka.
Q : Adakah ResV disahkan Halal?
A : Ya. ResV diiktiraf Halal oleh Islamic Services of America (ISA), badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jom mommies! WhatApps Kak Darling dan Kak Darling akan terangkan kehebatan Res-V ni ya.
Bye mommies :)
No Comment to " Ini fakta tentang Res-V Shaklee! "