Terkini

Menu

Ketahui Gaya Belajar Anak Anda Dahulu Sebelum Mendidik

Ketahui Gaya Belajar Anak Anda Dahulu Sebelum Mendidik


Ketahui Gaya Belajar Anak Anda Dahulu Sebelum Mendidik
Ciri-ciri anak VISUAL

  1. Lebih mudah mengingati apa yang dilihat berbanding apa yang didengar.
  2. Lebih suka membaca daripada dibacakan.
  3. Suka menulis sesuatu sambil bercakap.
  4. Lebih suka melukis daripada mendengar muzik.
  5. Tidak terganggu dengan bunyi-bunyi bising ketika melaksanakan sesuatu.
  6. Lebih mudah memahami arahan-arahan bertulis berbanding lisan.

Ciri-ciri anak cenderung AUDIO

  1. Lebih suka dengar berbanding baca.
  2. Suka cakap sendirian ketika bermain.
  3. Menggerakkan bibir ataupun mengucapkan bacaan ketika membaca.
  4. Suka membaca dgn suara yang kuat.
  5. Bercakap dengan berirama.
  6. Lebih suka muzik daripada seni lukis.
  7. Lebih suka humor lisan daripada gambar-gambar lucu.
  8. Mudah terganggu dgn suara-suara yang kuat dan bising.
  9. Memerlukan suasana yang tenang untuk belajar.

Ciri-ciri anak KINESTATIK

  1. Sangat gemar dengan permainan yang menggunakan tenaga fizikal.
  2. Tidak boleh duduk diam untuk jangka masa yang lama.
  3. Banyak menggunakan isyarat badan ketika bercakap.
  4. Suka menggunakan jari sebagai penunjuk ketika membaca.

Sekiranya ibu bapa dapat memastikan gaya belajar anak-anak, ini bermakna mereka sudah menemui kunci bg mengembangkan kemampuan serta membantu anak mereka untuk belajar dengan lebih mudah dan efektif. Seterusnya, Ibu bapa hanya perlu mencari aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran anak.

Contohnya,

Membacakan buku cerita ataupun menyanyi untuk anak yang cenderung audio, melukis untuk anak visual,

Dan bermain ataupun bersukan untuk anak kinestatik.

Kenali anak-anakmu ibu-ibu mithali.๐Ÿ˜Š

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Ketahui Gaya Belajar Anak Anda Dahulu Sebelum Mendidik "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM