Terkini

Menu

Petua Menghalau Lipas Di Rumah

Petua Menghalau Lipas Di Rumah

Petua Menghalau Lipas Di Rumah

Lipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang tidak mengemarinya. Jom ketahui petua halau lipas dari rumah anda.

Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.

Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.

Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.

Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!
  • Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
  • Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
  • Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
  • Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
  • Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
  • Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
Credit: www.wom.my
Petua Menghalau Lipas Di Rumah

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

34 ulasan to ''Petua Menghalau Lipas Di Rumah"

ADD COMMENT
  1. satu lagi petua yang simple dan mudah
    Letakkan daun pandan.. sure tak de lipas.. ;)

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas info ... takadakan petua menghalau CICAK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk halau cicak, cuba tumbuk @ blend lada kecil..lepas tu tapis n masukkan dlm botol spray. Spray di kawasan @ tmpat yg byak cicak @ pd laluan cicak..inshaallah mmg xde cicak kt kawasan tu..tapi lama2 nnt repeat smula la petua tu..sy da cba..inshaallah

      Padam
    2. Lada kecil tu mcm tu la lada yg kecil2 tu

      Padam
    3. Cili padi ke? Kaler merah ke hijau?

      Padam
  3. Lipas skang dah skolah. Spray jer hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah.... He he he
      Lipas tahun skunk sejak Ada pertubuhan sekolah , Belia makin degil nk mampus.... ๐Ÿ˜…

      Padam
  4. Perkongsian yang menarik. Boleh cuba amalkan selepas ini. Terima kasih!

    BalasPadam
  5. Tq.....nak cuba ler....

    BalasPadam
  6. kalau lipas dlm kete cmne yek?sm jgk ke kaedah?

    BalasPadam
  7. Petua halau semut ada tak. letih berperang dgn semut.. masuk dlm susu anak lah, air lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni satu cara yang saya sendiri da cuba.. guna kapur papan tulis n gariskan di sudut2 or laluan2 dri mne asalnye semut2 tu dtg/masuk.. semut zaman skrg sume da educated sgt smpai air masak pon die nk bedal.. geram sgt smpai saya buat garisan sekeliling bilik.. haha lpas tu da xde da masalah semut..

      Padam
  8. Petua yg d beri baik. Tapi tak tau populasinya kurang atau hijrah ke tempat lain. Alternatifnya guna perangkap lipas yg menggunakan trapdoor.dlm kereta boleh. Dlm luar rumah boleh.dpt lihat yg d tangkap.

    BalasPadam
  9. Kalau spray,cacing putih tu mati sekali ke tak ye?

    BalasPadam
  10. Utk menghalau lipas dlm kereta, taruk jer beberapa helai daun pandan. Kereta pun wangi....lipas tiada! Saya dah cuba... Amat berkesan...

    BalasPadam
  11. Cara nak halau lipas kecik dlm kenderaan
    Sembur spray ridsect atau baygon atau lain2nya dlm kereta..lepastu tutup pintu tingkap..biarkan setengah jam..insyaAllah hasilnya lumayan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..... Lipas y tu Mesti sekolah sampai dpt PHD... ๐Ÿ˜‚

      Padam
  12. Bunuh lipas pakai spray rugi sbb kene spray byk.
    Paling berkesan n pantas pakai buih sabun.
    Cpt je die mati,sy da try,innsyaAllah mmg mati

    BalasPadam
  13. Petua paling senang. Cuba beli racun serangga shiltox ke, ridsect ke, ape2 je la asal racun serangga. Mmng confirm xda lipas. Hehehhehehehe sory.....

    BalasPadam
  14. Sy mmg fobia dgn lipas ni...hrap lepas praktis cara2 yg kt atas ni berkesan halau lipas kt rmh....ishhhh ngeri!!!

    BalasPadam
  15. Kalau guna buih sabun tu, buat macamana ya...bubuh dlm bekas spray dan spray mcm ridsect ke?

    BalasPadam
  16. info yang berguna..kat rumah saya banyak sangat lipas..
    insyaAllah boleh cuba petua ni..=)

    BalasPadam
  17. Info dan komen yang sangat berguna. Boleh cuba. Terima kasih.

    BalasPadam
  18. Saya takut petua ni mengundang banyak lagi lipas. Lips kat rumah xtahulah rumah dorang kat mana. Ade jer berkeliaran.

    BalasPadam
  19. rumah dorg kt bawah2 tangki

    BalasPadam
  20. lipas di rumah saya makin mengganas...sos dalam peket,megi,peket bunga cengkih digigit nye...plg sadis pek spagetti di tebuk dan dimamah nye...arghhhhhhhh

    BalasPadam
  21. Banyaknya petua. Saya pun nak cuba. Terima kasih.

    BalasPadam
  22. Tapi ada tak petua halau tikus? Tikus dah berani keluar siang2 main2 tepi almari. Kalau ada petua halau tikus, share ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya nak jugak petua halau tikus kalau ada..

      Padam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM