Terkini

Menu

Angin Pasang

Hernia / Angin Pasang

Angin Pasang

Hernia atau lebih dikenali dengan angin pasang ialah bonjol di pelipat paha yang terjadi kerana kelemahan otot di kawasan itu. Akibat daripadanya ialah usus terbonjol keluar. Bonjol ini berbahaya kerana usus yang membonjol keluar boleh terperangkap dan tidak dapat dimasukkan semula ke tempatnya. Keadaan ini akan mengakibatkan sakit jika penbedahan tidak dilakukan. Oleh itu semua bonjol di kawasan pelipat paha mesti dirujuk kepada doktor untuk pembedahan.



Tanda-Tanda

  • Bonjol di pelipat paha.
  • Bonjol tenggelam apabila ditekan dan jika anak berbaring terlentang.
  • Bonjol membesar apabila anak batuk atau menangis.
  • Kadang-kadang bonjol masuk ke dalam pundi-pundi buah zakar.

Tindakan Ibubapa

  • Periksa kawasan pelipat paha anak jika ia menangis atau mengadu sakit.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila

  • Ada bonjol di pelipat paha atau di dalam pundi-pundi buah zakar yang perlu dipastikan diagnosisnya.
  • Bonjol yang tidak dapat dimasukkan ke dalam.
  • Bonjol yang keras.
  • Anak muntah, sakit perut dan sentiasa menangis.

Tips pencegahan untuk anak-anak

  • Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang diperbuat dari beras atau gandum, mengandungi banyak serat untuk menghindari dari masalah sembelit atau meneran.
  • Segera berjumpa dengan doctor apabila mengalami batuk yang berpanjangan atau bersin yang berterusan.
  • Ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih lagi kepada bayi mereka supaya bayi tidak selalu menangis atau sukar membuang air besar kerana kedua aktiviti seperti menangis dan meneran hanya akan memberi lebih tekanan kepada hernia tersebut.

Note : Hernia ini berlainan daripada hernia pusat (bonjol di pusat). Hernia pusat akan pulih tanpa pembedahan tetapi hernia di pelipat paha memerlukan pembedahan. Pembedahan itu kecil dan pesakit akan keluar hospital keesokan harinya.

Sumber: Facebook
Angin Pasang

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

2 ulasan to ''Angin Pasang"

ADD COMMENT
  1. Terima kasih atas pencerahan

    BalasPadam
  2. Good info.. nak tya sikit kat sini.. kamu cakap buah buahan boleh makan ekk...
    Keliru juga sikit sebab mil cakap xboleh makan buah buahan yg bergantung...sb takut air pasang menjadi2... boleh bg lg sikit pencerahan berkenaan dengan ini???
    Terima kasih

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM